Anwar, Srettha lawat Rantau Panjang, Sungai Golok hari ini

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin akan mengadakan lawatan kerja ke Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand hari ini.

Tujuan utama lawatan itu adalah untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara.

Thailand dijangka memulakan projek pembinaan jambatan kedua dikenali sebagai Jambatan Kembar di Rantau Panjang-Sungai Golok itu pada April tahun depan.

Jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok akan mempunyai enam lorong bagi memudahkan pergerakan keluar masuk kenderaan antara Malaysia dan Thailand.

Selain itu, Anwar dan Srettha juga dijangka mengadakan perbincangan mengenai isu dua hala, termasuk isu persempadanan Malaysia-Thailand, inisiatif kesalinghubungan untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan sempadan kedua-dua negara dan Proses Dialog Damai di Selatan Thailand.

Lawatan Anwar dan Srettha hari ini adalah susulan pertemuan bersama di Sadao, Thailand pada November lalu yang mempamerkan komitmen kedua-dua negara untuk memupuk hubungan sesama rakyat dan mempertingkatkan aktiviti ekonomi di sepanjang kawasan utara Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.

Lawatan Anwar disertai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Nik Nazmi Nik Ahmad.

Srettha pada 30 Julai lalu, memaklumkan lawatan beliau ke wilayah selatan Thailand hari ini antara lain akan disertai Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu