M’sia-Thai setuju percepat pembinaan jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok

PASIR MAS – Malaysia-Thailand sepakat memutuskan untuk mempercepatkan pembinaan jambatan kedua yang menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Golok, Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan itu sebagai komitmen kedua negara untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi Malaysia dan selatan Thailand.

“Kita mengharapkan kerjasama dua hala ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara selain mengharapkan kearah pendamaian dan memancu keamanan.

“Menerusi pertemuan hari ini beberapa isu dibincangkan termasuk mempercepatkan pembinaan jambatan kedua serta beberapa projek lain,” katanya berucap pada Majlis Jamuan Makan Tengah Hari bersama Perdana Menteri Thailand.

Terdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan untuk lawatan kerja di Rantau Panjang dan Sungai Golok bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin.

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) pada jam 11.18 pagi dan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Oleh: Nazirul Haziq, Tengku Majid, Hafiq Hassan, Mohamad Fikri & Helda Julie MELAKA – Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak proaktif dalam melindungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung