Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak keistimewaan Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap implikasi undang-undang dan kedudukan hak imigresen negeri.

“Kerajaan Negeri Sabah berpendirian tegas bahawa kuasa imigresen yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dipelihara dan tidak boleh terhakis dalam apa jua bentuk pelaksanaan dasar baharu.

“Sebarang pelaksanaan dasar yang melibatkan pintu masuk negeri perlu mendapat jaminan jelas bahawa hak dan kuasa autonomi Sabah tidak terjejas,” jelasnya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Hajiji, kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah mendapati terdapat elemen yang berpotensi menghakis kuasa serta hak imigresen Sabah melalui aspek perundangan dan operasi di bawah pelaksanaan agensi berkenaan.

“Pelaksanaan AKPS yang turut melibatkan pengambilalihan peranan Jabatan Imigresen Malaysia di pintu masuk negeri akan menyebabkan pihak berkuasa negeri tidak mempunyai kuasa langsung terhadap agensi tersebut, sebaliknya hanya berurusan melalui Pengarah Imigresen Negeri Sabah.

“Ia selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 6(3) Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 [Akta 860],” kongsinya.

Tambahnya terdapat percanggahan antara Akta 860 dan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] yang dikhuatiri boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan di pintu masuk negeri Sabah.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan AKPS di negeri ini sehingga persetujuan dicapai bahawa tiada penghakisan terhadap hak istimewa serta kuasa autonomi imigresen Sabah dan kedudukan Pihak Berkuasa Negeri.

“Langkah ini penting bagi memastikan perlindungan perlembagaan (constitutional safeguard) terhadap Sabah sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Terdahulu, pada Isnin, Ketua Menteri Sabah menerima kunjungan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Alik Jeman bagi berbincang dan bertukar maklumat mengenai pelbagai perkara berkaitan keselamatan, pengurusan sempadan, kawalan imigresen serta kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Makhzan Mahyuddin dan Ainah Mohd Soon; Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus memperhebat usaha pemuliharaan kawasan semula jadi di Ulu Baram menerusi cadangan pewartaan Keluan Hill sebagai taman negara baharu yang turut merangkumi kawasan air terjun Three…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 perkukuh jaminan makanan

Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas