Fungsi institusi Parlimen sebagai semak, imbang pentadbiran

KUALA LUMPUR – Institusi Parlimen tidak sepatutnya dilihat sebagai tempat persidangan untuk blok kerajaan dan pembangkang berbahas semata-mata, sebaliknya mempunyai peranan lebih besar dalam melakukan semak dan imbang terhadap kementerian serta agensi kerajaan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, persidangan hanyalah satu bahagian daripada fungsi Parlimen secara keseluruhan, dan kerajaan serta pembangkang mempunyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.

“Kehadiran di Parlimen itu bukan acara simbol ataupun acara ‘ceremonial biasa’, itu adalah penerjemahan maksud yang terkandung dalam perlembagaan negara.

“Kalau dalam sistem ‘Westminster’, ia (wakil rakyat) disebut sebagai ‘legislator’ atau penggubal undang-undang. Namun dalam konteks (di negara) kita ini, kita sudah terbiasa dengan (pengasingan), ini blok kerajaan dan ini pembangkang.

“Saya secara peribadi melihat Ahli Parlimen jangan terbawa-bawa dengan sentimen kepartian dan politik sempit untuk menjaga kepentingan parti masing-masing,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Titah Agong: Junjung Daulat Negara, Rakyat Sejahtera’, pada Isnin.

Ismail berkata, apabila wakil rakyat memasuki Parlimen, mereka adalah penggubal undang-undang dan perlu menjaga etika sebagai individu yang diberi mandat oleh rakyat.

Malah, beliau menjelaskan dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, institusi Parlimen disebut sebagai ‘dewan yang mulia’ menunjukkan ia sangat ‘sakral’ kepada setiap Ahli Parlimen yang telah mengangkat sumpah.

“… dalam demokrasi yang lebih terbuka dan liberalisasi maklumat, jangan lupa rakyat sedang memerhati, jangan sampai rakyat hilang keyakinan kepada institusi tertinggi negara. Saya fikir itu mesej penting yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim,” katanya.

Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15, mengingatkan semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau menabur fitnah.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen menghentikan tindakan bermain politik atas setiap isu.

Baginda bertitah, Parlimen adalah dewan perhimpunan paling utama yang menjadi gelanggang pertemuan suara rakyat, tempat undang-undang digubal dan menjadi medan semak serta imbang atas pentadbiran negara.

“Parlimen bukan tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau menabur fitnah, tetapi adalah dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.

“Ahli Yang Berhormat hendaklah menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya ejen perpecahan rakyat.

“Justeru, hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu dan jangan hanya mementingkan parti atau kelompok sendiri saja,” titah baginda.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu