Dari pedalaman ke pentas kebangsaan, pelajar Sabah, Sarawak kongsi kisah pengorbanan demi warisan masakan

KOTA KINABALU – Walaupun terpaksa menempuh perjalanan beratus-ratus kilometer dengan keterbatasan kemudahan, sekumpulan pelajar dari Sabah dan Sarawak membuktikan semangat juang mereka tidak mudah luntur.

Pasangan peserta dari SM ST Mary, Muhammad Asner Asnal dan Muhammad Alfian  Saadon, tampil membawa resipi istimewa Nasi Kuning Seri Keladi, hasil gabungan ramuan tradisional seperti ubi keladi dengan teknik masakan moden dan mengakui pengalaman menyertai pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran memasak, tetapi turut menjadi medan membina keyakinan dan semangat kerjasama.

“Kami bertolak awal pagi, menempuh perjalanan berjam-jam dari kampung untuk sampai ke tempat pertandingan. 

“Tapi semua itu berbaloi kerana kami mahu tonjolkan resipi keluarga kami ke seluruh Malaysia,” ujar Muhammad Asner, sambil mengakui sokongan guru pembimbing mereka menjadi kekuatan utama.

Matlamat mereka jelas mempertahankan warisan makanan negeri sambil menyahut cabaran kreativiti dalam dunia masakan moden.

Dari Sarawak pula, Mohammad Aidil Zaqwan Mirza dan Muhammad Airil Haikal Abdullah dari SMK Bandar Sibu mempersembahkan sajian Nasi Ulam dan Ayam Percik versi inovatif. 

Bagi mereka, pertandingan ini menjadi platform untuk menterjemahkan rasa cinta kepada budaya ke dalam bentuk makanan yang boleh dinikmati oleh semua.

“Kami ingin buktikan bahawa makanan tradisional tak lapuk ditelan zaman malah ia boleh dikekalkan, malah disesuaikan dengan gaya hidup moden dan pertandingan ini beri kami peluang itu,” kata Aidil Zaqwan yang telah membuat persiapan berbulan-bulan bersama guru dan rakan sepasukan.

Bintang muda dari Borneo ini bukan sekadar memukau juri dengan hidangan unik berasaskan ramuan tempatan, tetapi juga mengharukan ramai dengan kisah pengorbanan dan kecekalan mereka dalam menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®️ (MSSCC) Ke-28 yang berlangsung di sini, Khamis.

Ithma

KOTA KINABALU – Walaupun terpaksa menempuh perjalanan beratus-ratus kilometer dengan keterbatasan kemudahan, sekumpulan pelajar dari Sabah dan Sarawak membuktikan semangat juang mereka tidak mudah luntur.

Pasangan peserta dari SM ST Mary, Muhammad Asner Asnal dan Muhammad Alfian  Saadon, tampil membawa resipi istimewa Nasi Kuning Seri Keladi, hasil gabungan ramuan tradisional seperti ubi keladi dengan teknik masakan moden dan mengakui pengalaman menyertai pertandingan ini bukan sahaja menguji kemahiran memasak, tetapi turut menjadi medan membina keyakinan dan semangat kerjasama.

“Kami bertolak awal pagi, menempuh perjalanan berjam-jam dari kampung untuk sampai ke tempat pertandingan. 

“Tapi semua itu berbaloi kerana kami mahu tonjolkan resipi keluarga kami ke seluruh Malaysia,” ujar Muhammad Asner, sambil mengakui sokongan guru pembimbing mereka menjadi kekuatan utama.

Matlamat mereka jelas mempertahankan warisan makanan negeri sambil menyahut cabaran kreativiti dalam dunia masakan moden.

Dari Sarawak pula, Mohammad Aidil Zaqwan Mirza dan Muhammad Airil Haikal Abdullah dari SMK Bandar Sibu mempersembahkan sajian Nasi Ulam dan Ayam Percik versi inovatif. 

Bagi mereka, pertandingan ini menjadi platform untuk menterjemahkan rasa cinta kepada budaya ke dalam bentuk makanan yang boleh dinikmati oleh semua.

“Kami ingin buktikan bahawa makanan tradisional tak lapuk ditelan zaman malah ia boleh dikekalkan, malah disesuaikan dengan gaya hidup moden dan pertandingan ini beri kami peluang itu,” kata Aidil Zaqwan yang telah membuat persiapan berbulan-bulan bersama guru dan rakan sepasukan.

Bintang muda dari Borneo ini bukan sekadar memukau juri dengan hidangan unik berasaskan ramuan tempatan, tetapi juga mengharukan ramai dengan kisah pengorbanan dan kecekalan mereka dalam menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®️ (MSSCC) Ke-28 pada baru-baru ini.

Lebih daripada sekadar pertandingan memasak, MSSCC 2025 menjadi ruang di mana pelajar-pelajar ini mengenal potensi diri, belajar tentang kelestarian makanan, dan paling penting untuk memahami bagaimana setiap sajian adalah warisan yang wajib dihargai.

“Saya tak pernah sangka minat memasak ini boleh membuka mata saya kepada banyak perkara dan kami belajar tentang pemakanan sihat, penggunaan bahan lestari, dan bagaimana makanan boleh mempengaruhi kesihatan dan masa depan kita,” kata Muhammad Alfian dengan penuh rasa syukur.

Mereka mungkin masih bergelar pelajar, namun semangat, kesungguhan dan keberanian mereka mengejar cita-cita menjadi inspirasi kepada ramai. 

Di samping itu, MSSCC bukan sekadar pertandingan ia adalah pentas untuk suara generasi muda, yang mahu membawa warisan makanan Malaysia ke tahap lebih tinggi, satu pinggan pada satu masa.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah