Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

Hajiji berkata, bagaimanapun perincian perancangan itu masih belum dapat dimuktamadkan sehingga laporan penuh diterima daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan yang dipengerusikan Datuk Walter Kenson.

“Ketika ini kita ada beberapa cadangan termasuk kemungkinan menimbus kawasan tersebut bagi tujuan pembangunan perumahan, namun ia melibatkan kos yang agak besar.

“Kita akan lihat juga cadangan daripada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk menempatkan semula mangsa yang terlibat,” katanya ketika ditemui media selepas menyerahkan Bantuan Bakul Makanan Kepada Mangsa Kebakaran Kg Bahagia, di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, di sini, pada Isnin.

Menurutnya, kerajaan negeri amat bersimpati dengan nasib mangsa selepas kebakaran besar itu memusnahkan kira-kira 1,000 rumah.

“Hari ini juga kita menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR), iaitu RM1,000 daripada kerajaan negeri dan RM1,000 daripada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

“Kita berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan maklumat awal, kira-kira 70 peratus mangsa yang terjejas merupakan bukan warganegara, manakala selebihnya adalah rakyat tempatan.

“Walaupun begitu, bantuan tetap diberikan kepada semua mangsa tanpa mengira status kewarganegaraan kerana kerajaan bersikap prihatin terhadap semua yang terlibat,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan kawasan Kg Bahagia sebelum ini pernah dikategorikan sebagai penempatan pelarian oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), namun status tersebut telah ditamatkan.

“Kerajaan kini berhasrat menjadikan kawasan ini sebagai perkampungan yang lebih tersusun dan sah,” katanya.

Mengulas mengenai penempatan semula, Hajiji berkata kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan cadangan itu, namun keputusan akhir bergantung kepada laporan dan syor dikemukakan JPBD Sandakan.

“Kita jangka laporan penuh akan diperoleh dalam tempoh satu hingga dua minggu sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Setakat ini, enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa, dan keadaan akan dipantau dari semasa ke semasa.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global