Belum ada rancangan buka Kedai MADANI

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak berhasrat mewujudkan ‘kedai rakyat’ atau ‘Kedai MADANI’ buat masa ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana KPDN mahu memfokus kepada pengukuhan dan peluasan kerjasama strategik dengan rangkaian sektor peruncitan sedia ada merangkumi pasar raya, pusat beli-belah serta kedai runcit, menerusi Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).

“Dalam kita menggerakkan PJRM pada fasa awal ini, kita memanfaatkan premis peruncitan sedia ada termasuk pasar raya, pusat beli-belah dan kedai runcit.

“Kita juga memikirkan kekhuatiran mereka bahawa jika wujud kedai khas, ia akan memberi kesan kepada perniagaan premis peruncitan berkenaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.

Armizan menjelaskan, pihaknya juga membuka ruang kepada mana-mana premis peruncitan, kedai runcit, pasar raya dan pusat beli-belah yang ingin terbabit dalam PJRM.

Bagaimanapun, beliau berkata, ada dua faktor penting akan dipertimbangkan berhubung perkara itu.

Faktor itu adalah aspek lokaliti, iaitu sama ada premis mempunyai akses meluas kepada rakyat untuk mengunjungi PJRM, dan premis terbabit perlu berupaya menawarkan unit simpanan stok barangan mencukupi.

“Ia supaya apabila rakyat menghadiri sesuatu program PJRM yang dilaksanakan, mereka mempunyai pelbagai pilihan dan tidak perlu ke tempat lain untuk mendapatkan bekalan yang mereka perlukan bagi kegunaan isi rumah masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata, Kerajaan MADANI tidak akan menarik balik subsidi gas petroleum cecair (LPG).

Justeru, beliau berkata, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan terus mendapat manfaat daripada subsidi berkenaan.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis