DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini.

DBKK dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, sebarang kelulusan yang diberikan kepada pihak penganjur adalah tertakluk sepenuhnya kepada pematuhan syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Hasil pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat beberapa aspek pelaksanaan yang gagal dipatuhi sepenuhnya oleh pihak penganjur sepanjang acara tersebut berlangsung.

“Pelanggaran syarat tersebut melibatkan kaedah penggunaan air serta memberikan impak negatif terhadap aspek kebersihan dan keselamatan di kawasan awam,” katanya.

Sehubungan itu, DBKK menegaskan pihaknya memandang serius mengenai perkara berkenaan memandangkan ia melibatkan isu kepatuhan syarat kelulusan selain menjejaskan tahap kebersihan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Pihak penganjur juga telah diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta-merta bagi memastikan keadaan lokasi terlibat kembali seperti sedia kala.

“Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap penganjur selaras dengan peruntukan undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa ketika ini,” kongsi kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, DBKK menjelaskan secara lazimnya penganjuran program larian adalah disarankan kerana ia dilihat memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan dan ekonomi tempatan di samping menggalakkan gaya hidup sihat.

“Program julung kali itu diakui berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung serta mewujudkan suasana riang, namun pematuhan peraturan tetap menjadi keutamaan yang tidak boleh diabaikan.

“DBKK ingin mengingatkan semua penganjur acara di masa hadapan agar sentiasa mematuhi syarat kelulusan dengan mengutamakan aspek keselamatan dan kesejahteraan orang awam,” tegasnya.

Menurut kenyataan itu lagi, DBKK kekal komited menyokong penganjuran acara yang memberi manfaat kepada bandar raya, namun tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Related Posts

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

GEORGE TOWN – Kira-kira 10,000 pengguna di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan tidak akan terjejas bekalan air ketika kerja-kerja penyambungan akhir saluran paip melintasi Sungai Perai dilaksanakan minggu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

TAWAU – Sebanyak RM350 subsidi sebulan disediakan Kerajaan Sabah kepada ibu bapa yang menghantar anak berkeperluan khas autisme untuk tetapi ke Pusat Autisme Sabah (PAUS). Pembantu Menteri Kementerian Wanita, Kesihatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah