CPI kekal tangga ke-57, pastikan global sedar Malaysia perangi rasuah secara holistik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat kerajaan mempercepatkan agenda reformasi institusi, memperkukuh mekanisme pemantauan serta meningkatkan ketelusan dalam pengurusan sumber awam. 

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, walaupun kedudukan Malaysia menerusi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 kekal di tangga ke-57 untuk tahun kedua berturut-turut, namun ia adalah isyarat reformasi struktur dilaksana kerajaan persekutuan masih belum cukup berkesan.

Menurutnya, keputusan itu mencerminkan usaha pembanterasan rasuah masih belum cukup untuk membawa perubahan ketara dalam persepsi global terhadap tadbir urus negara. 

“MCW juga menggesa agar perbincangan mengenai CPI tidak hanya tertumpu kepada rasuah semata-mata, tetapi merangkumi aspek tadbir urus (governance).

“Jika Malaysia ingin melonjak dalam kedudukan CPI pada masa hadapan, perubahan yang lebih mendalam perlu dilakukan dalam semua sektor pentadbiran dan ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut, Jais menegaskan, CPI bukan sekadar mengukur keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pendakwaan kes berkaitan rasuah tetapi turut mengambil kira aspek tadbir urus secara menyeluruh.

Antaranya, menurut beliau, keperluan memperkasa reformasi undang-undang dengan meningkatkan kecekapan dan ketelusan sistem perundangan dalam memastikan keadilan dan integriti. 

“Ketelusan pentadbiran dan birokrasi, di mana mengurangkan karenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam selain mewujudkan persekitaran ekonomi yang telus dan bebas daripada pengaruh korupsi agar
daya saing dan produktiviti ekonomi negara meningkat.

“Kestabilan politik dan dasar awam perlu diperkasa bagi menaikkan lagi keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap pentadbiran kerajaan serta wujud keperluan memberi perlindungan terhadap pemberi maklumat (whistleblower) yang melaporkan salah laku,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kedudukan Malaysia dalam CPI 2024 kekal di tangga ke-57 untuk tahun kedua berturut-turut.

Menurut CPI 2024 yang diumumkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini, skor CPI Malaysia juga kekal pada 50 mata sejak 2023.

Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan, berkata, skor itu meningkat daripada 47 pada 2022, meletakkan negara di tangga ke-57 secara global, berbanding ke-61 pada 2022.


Untuk mencapai kedudukan 25 teratas menjelang 2034, Malaysia masih perlu meningkatkan skor sebanyak 18 mata untuk berada di kedudukan 25 teratas.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang