Buras Ramadan platform perpaduan komuniti menerusi tradisi, kebajikan

TAWAU – Program kebajikan UMNO Kalabakan sempena Ramadan kali ini bukan sekadar agihan makanan tetapi juga usaha memperkukuh hubungan masyarakat menerusi warisan budaya.

Inisiatif ‘Buras Ramadan: Rezeki Dikasi, Sama-sama Rasa’ dengan pemilihan mengagihkan juadah tradisi buras dan sambal ikan bilis ini merupakan satu kelainan selain bubur lambuk yang turut membawa kepada kesatuan komuniti.

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop berkata, pemilihan Buras sebagai juadah utama bukan dibuat secara kebetulan, tetapi berdasarkan kepentingannya dalam kehidupan masyarakat setempat.

“Buras bukan sekadar makanan, tetapi simbol kekitaan dan di Tawau, masyarakat Bugis, Bajau, Kadazan, Cina dan pelbagai etnik lain sudah biasa menikmatinya.

“Justeru, apabila kita mengagihkannya, kita bukan sahaja berkongsi rezeki tetapi juga mengangkat nilai budaya yang menyatukan masyarakat,” katanya selepas mengagihkan Buras Ramadan di Tanjung Batu Laut.

Kira-kira 1,000 bungkus buras ini dilakukan di tiga lokasi tumpuan utama iaitu sekitar Jalan Kg Tanjung Batu, Hilltop, Ambar Park dan Muhibbah Raya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul Alang dan Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Chaya Sulaiman.

Menurut Samasuddin, keunikan program ini adalah cara penyediaannya yang mengekalkan tradisi merewang atau bergotong-royong dalam komuniti.

“Apa yang kita lihat bukan sekadar memasak sebaliknya ia satu proses yang menyatukan orang ramai kerana ada yang membalut Buras, menjaga api dapur, mengacau sambal, dan semuanya dilakukan dalam suasana muhibah.

“Kita rindu suasana begini, saling bergelak ketawa, berkongsi cerita dan bekerjasama tanpa mengira latar belakang.

“Secara tidak langsung, ia menjadi ruang ahli UMNO Bahagian, Skuad Sayang Wanita, Pemuda, Puteri, serta para sukarelawan dapat mengukuhkan hubungan mereka sambil melakukan kerja kebajikan,” katanya.

Dalam pada itu, UMNO Kalabakan bercadang menjadikan program ini sebagai acara tahunan berikutan sambutan positif daripada masyarakat.

“Kami mahu lebih ramai menyertai, bukan sekadar sebagai penerima tetapi juga sebagai penyumbang tenaga dan idea.

“Inilah semangat Ramadan yang sebenar keikhlasan, perpaduan dan kebersamaan,” ujarnya.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara