MUKAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Bungan Kecil, Batang Igan memasuki hari ketiga hari ini.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pencarian hari ini bermula jam 7.42 pagi dengan menggunakan bot penyelamat.
“Pencarian yang dilakukan menggunakan teknik ‘water surface searching’ ke hilir, jarak radius 7 hingga 10 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya
Mangsa, Saffuan Zaffarin, 30, dipercayai terjatuh selepas bot yang dinaikinya melanggar sebatang kayu hanyut pada Rabu lalu sekitar jam 2 petang.
Operasi SAR masih diteruskan bersama-sama penduduk kampung yang turut membantu dalam pencarian sejak hari pertama operasi dijalankan.








