Isteri maut, kereta dipandu suami rempuh belakang lori

SEORANG wanita maut, manakala suami dan empat anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, dekat Ajil, Terengganu, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 4.50 pagi ketika enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Siasatan mendapati MPV terbabit melanggar belakang sebuah lori yang sedang bergerak dari arah sama.

“Akibat rempuhan itu, pemandu MPV berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah, manakala isterinya – yang berada di tempat penumpang hadapan – maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi TV3.

Mangsa maut dikenali sebagai Noor Shirlyna Irma Ngah, 42, berasal dari Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, dua anak lelaki pasangan terbabit – masing-masing berusia 15 dan 17 tahun – yang duduk di bahagian penumpang belakang, mengalami kecederaan parah, manakala dua lagi hanya cedera ringan.

Bagaimanapun, pemandu lori membawa muatan telur ayam, iaitu lelaki berusia 44 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

Semua mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy