Bot diuji karam, mangsa masih belum ditemui

BETONG – Usaha mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Ulu Sungai Skrang memasuki hari kedua hari ini dengan tumpuan operasi dialihkan ke bahagian hilir sungai, susulan perubahan arus yang menghala ke Sungai Batang Skrang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian tersebut dilaporkan pada jam 4.12 petang Rabu melibatkan seorang mangsa di Rumah Siti Tisak, Ulu Sungai Skrang.

Mangsa yang dikenali sebagai Denickles Lesen, 20 tahun, dipercayai hilang selepas bot laju yang sedang diuji karam kira-kira jam 3.51 petang.

Difahamkan saksi kejadian memaklumkan mangsa sempat dilihat terkapai-kapai di permukaan air sebelum tenggelam dan hilang daripada pandangan.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong yang diketuai Komander Operasi, Abang Muhammad Fhazil Abang Abdul Manaf, tiba di lokasi sekitar jam 4.45 petang selepas menempuh perjalanan sejauh 21 kilometer.

Seawal jam 7.30 pagi tadi, operasi diteruskan dengan penglibatan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). Pencarian awal dilakukan di permukaan sungai dalam lingkungan dua kilometer menggunakan bot milik bomba.

Operasi turut diperkuatkan dengan kehadiran Unit K9 yang diketuai Dennis Augustine bersama pemegang anjing, Jackson Ringkai serta anjing pengesan, Bella. Pasukan berkenaan tiba di lokasi kira-kira jam 12 tengah hari bagi membantu usaha mengesan mangsa.

Strategi pencarian hari ini membahagikan pasukan kepada dua sektor, dengan anggota bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpukan pencarian di kawasan hulu sungai.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama penduduk kampung menjalankan operasi di bahagian hilir.

Menjelang jam 1 tengah hari, fokus operasi sepenuhnya dialihkan ke hilir sungai berikutan arus yang semakin surut ke arah Sungai Batang Skrang. Radius pencarian turut diperluaskan sehingga empat kilometer bagi meningkatkan peluang mengesan mangsa.

Selain JBPM, operasi turut mendapat kerjasama PDRM, APM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk setempat yang menggunakan lima perahu persendirian.

Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Foto: JBPM Sarawak

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi