Bernilaikah nyawa dan susuk pekebun?

SETELAH dua minggu peristiwa seorang pekebun di Kampung Basong, dekat Tasik Kenyir meninggal dipijak gajah, tidak kedengaran kenyataan rasmi kerajaan negeri berkaitan pembelaan nasib golongan itu.

Pada awalnya dijangkakan dan diharapkan ada jugalah sedikit usaha ke arah itu oleh kerajaan negeri.

Yang diperlukan oleh pekebun, satu inisiatif kerajaan negeri merungkai konflik alam melibatkan pekebun dan haiwan liar.

Sudah tentu pekebun tidak mahu kematian Musa Ahmad, 65, pada 4 Oktober lalu berulang kepada golongan itu.

Kematian itu tragis.

Musa keluar dari rumahnya ke kebun yang terletak tidak sampai 2 kilometer kiri-kira 7:30 untuk mencari rezeki.

Dipercayai Allahyarham terserempak dengan mamalia itu kira-kira 100 meter dari kebunnya.

Malangnya setakat ini beberapa kenyataan yang disiarkan pelbagai media rata-ratanya daripada pihak Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Apabila Perhilitan yang bercakap, sudah pastilah naratifnya berkisar punca, amaran, kaedah pencegahan, dan had kekuatan yang dimiliki agensi itu dalam menguruskan hidupan liar.

Itu kenyataan yang skema dan stereotaip.

Pekebun tidak memerlukan itu buat masa ini kerana itu sudah sedia dimaklumi.

Yang diperlukan, langkah pembelaan.

Setelah berlaku peristiwa itu, rata-rata pekebun tidak berani keluar memetik buah yang pada masa itu musim buah duku.

Akibatnya, buah itu luruh begitu sahaja – membusuk di pangkal pokok.

Hanya yang berhati kering sahaja ke kebun tetapi itupun tidak selancar yang sepatutnya.

Itu suatu kerugian besar kerana mereka sudah ‘melabur’ sepanjang tahun – membersihkan kebun dan membaja.

Itu pembelaan dari segi kerugian sumber pendapatan atau hasil kebun semasa.

Pembelaan yang lain dari aspek sumber pendapatan ialah kerugian akibat kemusnahan pokok buah-buahan.

Sungguhpun begitu, pembelaan yang terpenting tentulah dari segi nilai kehadiran pekebun dan nyawa mereka.

Ingat, kes yang berlaku di Kampung Basong dan beberapa kampung sekitarnya merebak ke mukim lain termasuklah Hulu Berang, cuma di tempat lain tidak melibatkan kehilangan jiwa.

Tidak berlaku bukan bermakna tak akan berlaku.

Kemungkinan seumpama itu tetap ada. Jangan main-main.

Apabila inilah keadaannya, pekebun mula tertanya-tanya, siapakah sebenar mereka di mata pihak lain, khususnya kerajaan negeri?

Adakah mereka hanya melukut di tepi gantang?

Adakah mereka hanya diperlukan ‘sekali’ dalam tempoh empat atau lima tahun?

Itu sahajakah nilai mereka?

Ada atau tidak pihak yang boleh tampil dengan jawapan yang bijaksana dan berhati budi?

Related Posts

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

BERIKUT adalah sudut pandang sosial rakyat terhadap tiga tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX). Dapatan yang terhasil berdasarkan data rasmi, laporan kerajaan, dan statistik yang boleh disahkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebarang usaha menormalisasi budaya songsang harus ditegah, ditolak serta merta

PUTRAJAYA – Sebarang usaha untuk  menormalisasi gaya hidup bertentangan dengan ajaran Islam tidak wajar disokong termasuk penganjuran program ‘Glamping With Pride’. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA