Azmin akui MoU peruntukan pembangkang penting, rayu rundingan semula

KLUANG – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali mengakui keperluan untuk rundingan bagi Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan wakil rakyat pembangkang bersama kerajaan dilaksana semula dalam membantu Ahli Parlimen gabungan itu memberikan khidmat sebaiknya terhadap rakyat.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Selangor itu berkata, cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU berkenaan sewajarnya diketuai oleh kerajaan persekutuan dalam meneliti secara terperinci yang boleh memberi manfaat kepada semua Ahli Parlimen PN.

Menurutnya, draf ketika ini dilihat terikat dengan pelbagai syarat yang menjadikan pembangkang tidak dapat bersuara dalam memperjuangkan kepentingan orang ramai.

“Draf itu telah diteliti oleh semua pimpinan, khususnya Ahli Parlimen PN. Saya mengharapkan hormatilah hak kami sebagai Ahli Parlimen, kami nak bersuara bagi pihak rakyat kerana itulah sistem demokrasi. Oleh sebab itu, dalam Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) ada pihak kerajaan dan pembangkang.

“Sehubungan itu, perkara (rundingan semula) adalah di tangan kerajaan untuk mengambil kira semua pandangan dari PN dengan mengambil tindakan sewajarnya di atas maklum balas diberikan,” katanya ketika ditemui media pada ceramah kelompok PN di Mesjid Lama, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang memaklumkan PN boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Fadillah yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, draf sedia ada boleh menjadi asas kepada perbincangan.

Sehingga hari ini, menurut beliau, pihaknya belum lagi dihubungi pihak pembangkang bagi meneruskan perbincangan berkaitan MoU itu.

Pada 16 September lepas, Kerajaan Perpaduan telah mendedahkan dua draf MoU yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam perundingan mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Fadillah berkata, keputusan itu dibuat susulan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa PN menolak cadangan MoU berkenaan.

Kelmarin, Ketua Whip Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, Kerajaan Perpaduan diminta menyediakan draf MoU baharu selain menubuhkan jawatankuasa khusus bagi membincangkan mengenai MoU antara kerajaan dan pembangkang.

Related Posts

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan