Idris ‘tersasul’ dedah Kelantan miliki kuasa jual tanah kepada bangsa asing

KLUANG – Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dilihat membuka pekung di dada, selepas mengakui bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sememangnya mengamalkan dasar menjual tanah kepada bangsa asing.

Beliau membuat kesilapan dengan tidak menolak perkara terbabit namun sempat diperbetulkan semula oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu sebelum menamatkan pertanyaan daripada pengamal media.

Jelasnya, pada mulanya beliau tanpa disedari tersasul memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai keistimewaan untuk menyerahkan tanah kepada syarikat milik bukan Islam.

“Itu kena rujuk dengan Kerajaan Negeri (Kelantan), selain kena ingat Kelantan mempunyai Akta Tanah bukan sahaja bangsa asing boleh dapat miliki (tanah), malah saya pun tak boleh beli tanah di Kelantan.

“Selebihnya, no komen. Itu saya nak cakap dari prinsip dia sama ada dakwaan itu betul atau tidak (itu tidak pasti). Saya cuma nak bagitahu jelas kepada kita semua,” katanya ketika ditemui media pada ceramah kelompok PN di Mesjid Lama, malam tadi.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendedahkan tanah seluas 122.6 hektar milik kerajaan negeri didakwa sudah diserahkan kepada syarikat milik bukan Bumiputera yang beroperasi di luar Kelantan.

Pendedahan itu dibuat Wan Mahussin selepas menerima salinan geran tanah berkaitan pemberian tanah berkenaan kepada syarikat terbabit.

Katanya, difahamkan, tanah dalam kategori A berhampiran bandar Gua Musang diberikan kepada syarikat terbabit baru-baru ini.

Tambah mengecewakan lagi, katanya, apabila tanah berkenaan diberi status ‘pegangan selama-lamanya’ yang membuktikan kerajaan Kelantan lebih mementingkan pihak luar berbanding rakyat negeri sendiri.

Sehubungan itu, beliau menyakini rakyat Kelantan tidak reda walaupun satu inci tanah dikurniakan kepada orang luar negeri berkenaan dengan taraf selama-lamanya.

Related Posts

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran