Kerajaan Johor terus hargai peranan ATM

KLUANG – Kerajaan Johor sentiasa menghargai peranan dan usaha dihulurkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dalam apa jua misi dan cabaran yang berlaku di negeri ini, ATM sentiasa bersedia turun padang membantu warga Johor.

“Contoh pada musim banjir saya terpaksa hubungi pegawai tertinggi ATM di Kem Mahkota ini, tak pernah sekalipun beliau menolak permintaan saya untuk membantu mangsa banjir.

“Apa sahaja permintaan kerajaan negeri kepada ATM terutamanya melibatkan keselamatan penduduk pasti mudah diperolehi. Peranan mereka sangat besar bukan setakat membantu keselamatan negara, namun orang awam juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri di Kem Mahkota, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mengulas lanjut Onn Hafiz berkata, sebagai menghargai kumpulan barisan hadapan itu, pelbagai bantuan diberikan kerajaan negeri termasuklah peruntukan bernilai RM1 juta di kem ATM di seluruh Johor.

“Tak kira dari negeri mana pun mereka berasal, semua petugas ATM yang berkhidmat di Johor pastinya mendapat manfaat sama diberikan kerajaan negeri.

“Ini termasuklah bantuan duit raya pada Aidilfitri baru-baru ini serta beberapa program siri bantuan khusus untuk kumpulan ini.

“Justeru di kesempatan ini, saya menyeru tuan-tuan semua yang bakal mengundi untuk membuat pilihan secara bijaksana demi kestabilan barisan Johor.

“Yakinilah selain kepimpinan di hadapan anda (Kementerian Pertahanan), kepimpinan negeri juga sentiasa memberikan sokongan tak berbelah bahagi pada ATM,” katanya.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan