Arab Saudi sedia labur RM46 bilion pacu agenda tenaga hijau Sarawak

KUCHING – Sarawak terus menarik perhatian pelabur antarabangsa apabila syarikat terkemuka Arab Saudi, ACWA Power, menyatakan komitmen untuk melabur sehingga AS$10 bilion (anggaran RM46 bilion) bagi menyokong pelaksanaan Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (Sarawak Energy Transition Policy – SET-P).

Pelaburan besar ini bakal memacu agenda negeri dalam membangunkan tenaga rendah karbon, seterusnya memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga boleh diperbaharui terkemuka di rantau ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan pelaburan itu dimaklumkan dalam pertemuan beliau bersama pihak pengurusan ACWA Power pada Jumaat lalu.

“Kerjasama ini bukan sahaja akan mengukuhkan agenda peralihan tenaga negeri, malah sokongan pelabur antarabangsa seperti ACWA Power akan mempercepatkan usaha Sarawak menjadi peneraju tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (Sarawak Energy Transition Policy – SET-P) & Hari Libat Urus Awam–Industri di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada Isnin.

ACWA Power merupakan pemaju bandar pintar bertaraf dunia di Arab Saudi dengan kepakaran dalam pengeluaran tenaga solar dan penghasilan hidrogen. Syarikat ini turut mempunyai kaitan strategik dengan gergasi tenaga global, Aramco.

Pengumuman bersejarah ini dibuat sempena Majlis Public Industry Engagement Day dan pelancaran SET-P di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Isnin, yang turut menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, dan pelabur dari dalam dan luar negara.

Dengan nilai pelaburan yang begitu besar, Sarawak dijangka mampu melonjakkan ekonomi hijau, menyediakan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, dan menjadi contoh negeri yang mengimbangi kemajuan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman