Anak buaya sembunyi di ‘kolong’ rumah penduduk Sim-Sim

SANDAKAN – Anak buaya bersembunyi di bawah kolong rumah seorang penduduk Rancangan Rumah Murah Sim-Sim berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi talian MERS 999 pada pukul 6.47 petang.

“Seramai tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua buah jentera.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 7.12 malam dan berjaya menangkap reptilia tersebut dalam tempoh 25 minit,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, anak buaya seberat kira-kira 15 kilogram (kg) itu berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas operasi.

“Mata haiwan tersebut turut ditutup dengan selimut dan tubuhnya diikat dengan tali bagi sebagai langkah keselamatan.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 8.19 malam.

“Buaya tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang kehadiran haiwan liar kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Related Posts

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

KUALA KANGSAR – Jenazah mangsa kes bunuh kejam dengan 61 kesan tikaman, Nurfisya Zulkifly, 19, selamat dikebumikan sekitar jam 5 pagi, Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

JOHOR BAHRU – Isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di Taman Pulai Jaya susulan kerja penyelenggaraan jalan baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk, termasuk dakwaan yang mengaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026