Buruh warga Indonesia lemas ketika memancing

KUANTAN – Seorang buruh binaan warga Indonesia yang hilang selepas terjatuh dari bot ketika keluar memancing udang di Sungai Lengkor, dekat Pekan, ditemui lemas pagi tadi.

Mayat mangsa dikenali sebagai Fahrol, 37, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 9.10 pagi, kira-kira 30 kilometer dari tempat dia dilaporkan jatuh.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.40 petang semalam.

“Laporan polis dibuat seorang kontraktor warga tempatan di Balai Polis Paloh Hinai.

“Berdasarkan maklumat pengadu berusia 46 tahun itu, dia bersama mangsa dan dua rakan lain – yang juga warga Indonesia – keluar kira-kira jam 1 tengah hari menaiki bot untuk memancing udang di Sungai Lengkor.

“Apabila tiba di kawasan berhampiran Kampung Sungai Pinang, bot dipandu pengadu terlanggar batang kayu menyebabkan kesemua mereka terpelanting ke dalam sungai,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, pengadu bersama dua rakannya sempat naik semula ke atas bot manakala mangsa didapati hilang.

“Susulan kejadian itu, pengadu bersama rakan-rakannya cuba mencari mangsa di dalam sungai dan kawasan sekitar, namun gagal menjumpainya.

“Mereka kemudiannya hadir ke Balai Polis Paloh Hinai untuk membuat laporan bagi mendapatkan bantuan,” katanya lagi.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis