ADUN Selat Klang tunggu keputusan Speaker

NIBONG TEBAL – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari sedang menunggu keputussn daripada Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berkait notis pengosongan kerusi itu.

Abdul Rashid berkata, pertemuan telah dilakukan bersama Weng Sang bagi mengadakan perbincangan mengenai kedudukannya sebagai ADUN Selat Klang sama ada kerusi di kawasan terbabit akan diksongkan ataupun tidak.

Beliau memaklumkan dirinya akan tetap hadir seperti biasa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 minggu depan kerana belum ada keputusan berkait notis pengosongan kerusi Selat Klang.

“Speaker telah pun mengadakan pertemuan dengan saya dan memaklumkan akan menghantar surat. Setakat ini, saya belum terima surat daripadanya. Oleh kerana itu, saya akan datang ke sidang DUN seperti biasa.

“Ketika ini, saya akan teruskan tugas saya sebagai ADUN dan masih lagi menganggap diri sebagai ahli Bersatu kerana saya hanya menyokong Menteri Besar Selangor sahaja, bukan keluar daripada parti,” katanya kepada The Malaysia Press ketika ditemui pada Ceramah Perdana di Kampung Sungai Nenas, malam tadi.

Ditanya bilakah Speaker akan memberi surat, Abdul Rashid berkata, keputusan tersebut adalah hak mutlak Weng Sang untuk meneliti secsra terperinci berkenaan kekosongan kerusi di DUN Selat Klang.

“Terpulang kepada Speaker, sebab beliau akan hantar surat kepada saya dan saya akan menjawab surat itu, sama ada beliau akan membuat keputusan dalam tempoh 21 hari ataupun tidak, itu terpulang kepada kebijaksanaan Speaker.

“Saya pasti mengenai perkara itu (rujuk ke kamar Penasihat Undang-Undang Negeri), tetapi saya difahamkan beliau sudah pun berbincang dengan Speaker Dewan Rakyat dan juga Menteri Undang-Undang, tetapi perkara itu di luar pengetahuan saya,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, notis yang diberikan kepadanya tidak berkesan atau efektif kerana notis yang diberi di bawah Fasal 10(4) dan 10(5) di bawah Perlembagaan Bersatu hanya berkuat kuasa pada 1 April 2024.

“Pada saya, dari segi undang-undang, Bersatu tidak boleh menggunakan pindaan itu untuk mengambil tindakan terhadap saya kerana ia tidak boleh diguna pakai kerana tindakan saya menyokong kerajaan negeri adalah sebelum pindaan dibuat.

“Saya tidak lakukan kesalahan, mereka buli saya. Pindaan ini dibuat semata-mata untuk menamatkan karier (politik) saya serta enam Ahli Parlimen Bersatu yang telah memberi sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Kelang kepada Lau berikutan keguguran keahlian Abdul Rashid sebagai ahli Bersatu.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu