PH kalahkan PN 3-2 di Sungai Bakap

PASUKAN PH berjaya menundukkan pasukan PN dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan persahabatan bola sepak yang berlangsung di padang awam Taman Pekatra, Simpang Ampat di Nibong Tebal hari ini.

Pasukan PH diketuai Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta turut dibarisi bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idhlan Talha, pemenang anugerah Puskas, Faiz Subri dan penolong jurulatih skuad Pulau Pinang, Manzoor Azwira.

Skuad PN pula diketuai Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan turut menampilkan bekas pemain kebangsaan Baddrol Bakhtiar yang juga ADUN Gurun dan ADUN Alor Mengkudu, Radhi Mat Din.

Turut beraksi beberapa wakil rakyat kedua-dua parti seperti Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii dan Adun Gombak Setia, Hilman Idham.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan Akmal muncul sebagai pembuka tirai jaringan.

Hantaran silang Shahrul cekap disambut Ahli Parlimen Johor Bahru itu sekali gus menjaringankan gol pertama.

Bagaimanapun Baddrol tampil menyamakan kedudukan tidak lama kemudian menjadikan kedudukan 1-1.

Faiz kemudiannya mengecewakan penyokong PN dengan gol kedua pasukannya menjadikan kedudukan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Derita skuad Sanusi kian bertambah apabila Shahrul Idhlan menjaringkan gol ketiga pasukan mereka.

Kedudukan 3-1 tidak bertahan lama apabila Baddrol sekali lagi merapatkan jurang selepas berjaya membolosi gawang pasukan Akmal.

Sehingga tiupan wisel penamat, perlawanan berkesudahan dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan selama sejam itu.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang