Polis buru empat suspek serang lelaki guna parang

KUANTAN – Polis sedang mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang individu menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, Bera.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa lelaki berusia 35 tahun itu pada 12.46 tengah malam semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 9 malam Ahad lepas itu mengakibatkan mangsa mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Temerloh untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, kesemua suspek lelaki berumur antara 27 hingga 39 tahun dipercayai melarikan diri menggunakan sebuah kereta selepas kejadian berkenaan.

Katanya, kesemua suspek mempunyai rekod lampau sama ada melibatkan kes jenayah atau dadah dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Muhamad Zulhilmi Ishak melalui talian 014-2250306 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, 09-250 8222.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat