11 jam tangkap ‘sang bedal’ 200kg di Wakuba

TAWAU – Seekor buaya tembaga dianggarkan 200 kilogram (kg) berjaya ditangkap selepas operasi hampir 11 jam di kawasan kolam penternakan Asia Aquaculture, Jalan Wakuba, di sini, pada Selasa.

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau, Lt. M (PA) Muhammad Anuar Wong Abdullah berkata, kehadiran reptilia ganas sepanjang 10 kaki 6 inci itu disedari pelajar praktikal yang menjalankan pemeriksaan di sekitar kolam penternakan udang.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pukul 9.05 pagi sebelum sepasukan tujuh pegawai dan anggota dengan bekerjasama pegawai Jabatan Hidupan Liar bergerak ke lokasi.

“Pihak pengurusan kolam mengambil tindakan mengeringkan air kolam yang mengambil masa beberapa jam bagi memudahkan operasi.

“Operasi turut berdepan cabaran apabila cangkuk penangkap buaya patah akibat kekuatan haiwan itu,” ujarnya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurut Anuar, atas faktor keselamatan awam, tujuh das tembakan dilepaskan sebelum buaya berkenaan berjaya dikawal dan ditangkap.

Operasi berakhir pukul 7.30 malam dan buaya terbabit diserah kepada pihak JHL untuk Tindakan lanjut.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

Kemelut PN: Wujud tekanan agar Bersatu keluar gabungan – Pemerhati politik

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak