Brunei perketat syarat bahan api, kenderaan asing wajib tangki ‘tiga suku’ penuh

LIMBANG – Brunei mengumumkan pengemaskinian langkah kawalan pembelian bahan api petroleum dalam usaha melindungi bekalan tenaga negara itu berikutan ketidaktentuan geopolitik global.

Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri Brunei dalam satu kenyataan memaklumkan, peraturan baharu yang akan berkuat kuasa bermula Rabu (1 April) bakal menyaksikan syarat lebih ketat dikenakan, khususnya terhadap kenderaan pendaftaran asing.

Menurutnya, antara ketetapan utama adalah mewajibkan semua kenderaan asing yang memasuki Brunei mempunyai sekurang-kurangnya tiga suku tangki bahan api ketika ketibaan.

“Kenderaan yang gagal memenuhi syarat tersebut tidak akan dibenarkan masuk, kecuali bagi kenderaan rasmi kerajaan yang mendapat pengecualian khas.

“Selain itu, kenderaan berpendaftaran asing kini hanya dibenarkan untuk membeli bahan api jenis premium iaitu Shell V-Power Gasoline atau Shell V-Power Diesel di stesen minyak yang menawarkan produk berkenaan, dan ia tertakluk kepada harga pasaran semasa,” jelas kenyataan itu.

Mengulas lanjut mengenai peraturan bagi kenderaan tempatan yang kembali dari luar negara, jabatan itu menjelaskan syarat tiga suku tangki tersebut tidak dikenakan untuk kemasukan pertama.

Bagaimanapun tegasnya, peraturan itu akan dikuatkuasakan sepenuhnya sekiranya kenderaan berkenaan membuat kemasukan kedua dan seterusnya dalam tempoh 24 jam yang sama.

Susulan pengumuman itu, semua stesen minyak di negara berkenaan telah diarahkan untuk memperketatkan prosedur pengesahan termasuk melakukan pemeriksaan teliti ke atas nombor pendaftaran kenderaan pelanggan.

Pihak berkuasa turut memberi amaran keras bahawa tindakan tegas menanti mana-mana pihak yang didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu atau diubah suai semata-mata untuk mengaburi mata penguat kuasa.

“Pemantauan akan dilaksanakan secara aktif dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan menyeluruh terhadap langkah-langkah baharu ini demi menjamin kestabilan bekalan bahan api negara,” tambah kenyataan tersebut.

Related Posts

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan kesiapsiagaan penuh untuk berdepan sebarang kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) lebih awal, malah menyarankan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) turut diadakan serentak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

GEORGE TOWN – Pulau Pinang bersedia pada tahap 75 peratus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) namun tahap kesiapsiagaan tersebut masih tertakluk kepada keputusan serta hala tuju yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

PRU16: GPS sedia hadapi cabaran, saran PRN serentak jimat dana SPR

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Pulau Pinang bersedia hadapi pilihan raya – Kon Yeow

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Kemuka matan palsu, dua pesara didenda RM5,000

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Sultan Selangor titah Siew Ki, Ronnie Liu hayati Rukun Negara

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

Kerajaan terus perkasa langkah tangani ketidaktentuan bekalan global

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta

‘Mr A’ pegawai polis disyaki terbabit rangkaian edar dadah di Langkawi ditukar serta-merta