7,099 calon SPM 2025 gagal hadir peperiksaan

PUTRAJAYA – Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan ketidakhadiran seramai 7,099 calon bagi semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata angka ketidakhadiran itu membabitkan 1.79 peratus daripada 395,740 calon baharu yang berdaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dalam peperiksaan SPM 2025.

Katanya, jumlah itu menurun berbanding 8,108 calon pada 2024 sekali gus menunjukkan perkembangan yang positif.
“Pelbagai faktor yang menyumbang kepada ketidakhadiran murid daripada menduduki peperiksaan antaranya bekerja, berpindah ke luar negara, terbabit dalam kemalangan serta masalah keluarga.

“Ada juga antara calon mempunyai masalah kesihatan, masalah pengangkutan, meninggal dunia selain ada yang ditahan pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM), pada Selasa.

Mohd Azam berkata, jarak masa yang panjang bermula tempoh pendaftaran peperiksaan pada awal tahun hingga peperiksaan sebenar pada November turut menyumbang kepada pelbagai faktor ketidakhadiran calon.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPM selain di peringkat jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah melakukan pelbagai program intervensi untuk memastikan calon hadir menduduki peperiksaan.

“Program ziarah cakna dengan pergi ke rumah murid dilakukan dengan memberikan panduan dan nasihat kepada ibu bapa serta murid itu sendiri,” katanya.

Related Posts

13 warga asing ditahan salah guna pas lawatan

SEPANG – Seramai 13 warganegara asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang menyasarkan premis perniagaan dekat sini baru-baru ini. Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) melalui Bahagian Penguatkuasaan Putrajaya berkata operasi tersebut turut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu ijazah Universiti Alexandria, KPT sedia bertindak sebagai pemudah cara

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia membantu menyelesaikan isu pengiktirafan ijazah membabitkan empat pelajar swasta Malaysia yang mengikuti pengajian farmasi di Universiti Alexandria, Mesir.   Menterinya, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu