KMKK tulang belakang pembangunan DUN Kalaka

SARATOK – Peranan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) terus diperkasa sebagai tulang belakang utama dalam menjayakan agenda pembangunan akar umbi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, golongan itu bukan sahaja bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan pemimpin, malah menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan.

Menurutnya, tugas tersebut sangat penting bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual.

“Usaha gigih dan kerjasama erat semua KMKK amat dihargai kerana banyak projek berjaya disiapkan hasil kecekapan mereka menjalankan amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran bersama KMKK, Persatuan Pesara Saratok dan Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Saratok pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pelaksanaan projek di bawah pelbagai agensi kini berjalan dengan lebih efisien hasil kerjasama kukuh pelbagai pihak.

Ini termasuklah inisiatif menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) Sarawak.

Bagaimanapun tegasnya, kejayaan sesebuah projek itu tidak seharusnya diletakkan di atas bahu KMKK semata-mata.

“Sebaliknya, ia turut menuntut sokongan serta koordinasi yang mantap daripada ketua-ketua jabatan yang terlibat.

“Hubungan kerja yang baik antara KMKK dan jabatan kerajaan menjadi kunci utama untuk memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada setiap projek pembangunan,” ujarnya.

Menyentuh mengenai sambutan Syawal, beliau turut menitipkan pesanan agar masyarakat mengekalkan nilai-nilai murni yang dipupuk sepanjang bulan Ramadan ke dalam kehidupan seharian.

Jelasnya, kemeriahan Aidilfitri bukan sekadar perayaan adat, sebaliknya ia menjadi simbolik kemenangan umat Islam dalam menahan hawa nafsu serta mendidik jiwa.

“Semangat dan amalan baik ini perlu diteruskan secara konsisten bagi membentuk masyarakat yang lebih berdisiplin, harmoni dan sentiasa bertanggungjawab,” tambah beliau.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik