Sekolah boleh ditutup jika suhu cecah 37°C tiga hari berturut-turut – KPM

GOPENG – Pentadbir sekolah diberi kuasa menutup operasi sementara sekiranya cuaca panas mencapai tahap amaran dua, iaitu apabila suhu melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pengisytiharan rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia selaras garis panduan sedia ada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurutnya, garis panduan yang telah berkuat kuasa sejak 2023 itu memberi ruang kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah bertindak proaktif menangani situasi cuaca panas.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng bagi meninjau projek naik taraf bangunan daif sekolah berkenaan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau menegaskan semua pentadbir sekolah perlu memantau status suhu harian secara berterusan di peringkat sekolah dan daerah.

Katanya, jika suhu berada pada tahap amaran pertama (35 hingga 37 darjah Celsius) selama tiga hari berturut-turut, semua aktiviti luar wajib dihentikan.

“Antara aktiviti terlibat termasuk merentas desa, perkhemahan, kawat kaki, sukan, permainan luar serta aktiviti pertanian,” jelasnya.

Sebelum ini, KPM mengingatkan semua institusi pendidikan agar peka terhadap fenomena cuaca panas serta mematuhi garis panduan ditetapkan, selain memperkukuh langkah kesiapsiagaan menjelang pembukaan semula sekolah selepas Cuti Penggal 1.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu