Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

KUALA PILAH – Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar institusi yang menguruskan simpanan, sebaliknya memikul amanah besar umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima, kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, justeru kestabilan dan keyakinan pendeposit perlu diberikan keutamaan dalam setiap keputusan membabitkan institusi berkenaan, termasuk berhubung pendedahan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Katanya, keputusan kerajaan tidak mendedahkan laporan berkenaan lebih awal wajar bagi mengelakkan kebimbangan dalam kalangan pendeposit yang berkemungkinan menyebabkan pengeluaran simpanan secara beramai-ramai.

“Kalau benda ini diumumkan dua, tiga tahun dulu, takut orang tarik pelaburan itu.

“Maksudnya satu keluarga, saya tarik, mak saya tarik, kakak saya tarik, adik saya tarik, abang saya tarik. Kalau saya ada RM10,000, saya tarik RM10,000. Mak saya RM15,000, dia tarik RM15,000.

“Itu pun satu keluarga. Bayangkan berapa ramai orang Melayu, berapa ramai orang Islam kita yang menyimpan di Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, di sini.

Mohd Sany berkata, TH mempunyai kedudukan istimewa dalam kehidupan umat Islam kerana simpanan pendeposit bukan sekadar untuk tujuan kewangan, sebaliknya menjadi persediaan mereka menunaikan ibadah haji.

Sehubungan itu, katanya, pihak yang diberi tanggungjawab menguruskan institusi berkenaan perlu mempunyai integriti, amanah dan akauntabiliti tinggi.

“Orang yang bertanggungjawab menjaga TH ini mesti amanah, ada integriti, ada adab dan ada akhlak.

“Sebab itu TH ini penting kepada orang Melayu dan Islam kerana mereka menyimpan untuk menunaikan haji, rukun Islam kita,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan laporan RCI pada masa yang sesuai penting bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar berkaitan pengurusan TH tanpa menjejaskan keyakinan pendeposit terhadap institusi itu.

Mohs Sany berkata, apa yang lebih penting selepas laporan berkenaan didedahkan ialah memastikan sebarang kelemahan yang dikenal pasti tidak berulang dan pengurusan TH terus diperkukuh menerusi tadbir urus yang baik.

“Ini duit rakyat, duit umat Islam. Jadi mereka yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan TH mesti benar-benar menjaga amanah tersebut,” katanya.

Mohd Sany berkata, isu pengurusan TH juga seharusnya menjadi pengajaran bahawa institusi yang mengendalikan wang rakyat perlu diurus secara bertanggungjawab serta bebas daripada sebarang penyalahgunaan kuasa.

Ujarnya, keutamaan mesti diberikan kepada kepentingan pendeposit supaya keyakinan terhadap TH terus terpelihara dan institusi berkenaan dapat melaksanakan peranannya untuk generasi akan datang.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap