Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada pukul 10.48 pagi.

Menurutnya, bungkusan tersebut ditemukan oleh seorang lelaki tempatan ketika menjalankan kerja meracun di kebunnya kira-kira pukul 10.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati guni yang sudah reput itu disyaki mengandungi rangka manusia.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan mengumpul bukti berkaitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bungkusan berkenaan bersama bahan yang ditemukan di lokasi telah diambil sebagai barang kes untuk siasatan lanjut.

Katanya, barang kes itu akan dihantar ke Unit Forensik bagi mengenal pasti sama ada rangka yang ditemukan benar-benar merupakan tulang manusia.

Menurut beliau, setakat ini kes masih dalam siasatan dan belum diklasifikasikan di bawah mana-mana kategori sementara menunggu hasil pemeriksaan forensik serta siasatan lanjut.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana