Bedah siasat kes bunuh tiga beranak selesai

ALOR SETAR – Proses bedah siasat pasangan suami isteri yang ditemui mati dalam keadaan kepala terpisah dari badan di Kampung Belau, Merbok, dilaporkan selesai semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kedua-dua jenazah masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini serta belum diserahkan kepada keluarga.

“Jenazah pasangan suami isteri masih di hospital. Bedah siasat sudah selesai semalam tetapi belum diserahkan kepada keluarga untuk proses pengecaman DNA dan cap jari,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Hanyan, jenazah anak kepada mangsa wanita sudah selesai melalui proses bedah siasat dan telah dituntut keluarga untuk dikebumikan.

Sebelum ini, The Malaysia Press melaporkan bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok membawa kepada penemuan mengejutkan mayat tiga beranak pada awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai pasangan suami isteri, Zikri Abdul Rahman, 65, dan Suraya Man, 53, serta anak lelaki kepada Suraya, Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29.

Pasangan itu dilaporkan baharu berkahwin tiga tahun lalu.

Difahamkan, kepala pasangan suami isteri didapati terpisah, manakala anggota badan mangsa wanita dipercayai dipotong untuk dilupuskan.

Mayat anak mereka pula ditemui di tingkat atas rumah dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman