Pacu ekonomi Sabah, Andrew Sheng dilantik sebagai Penasihat Khas Hajiji ‎

KOTA KINABALU – Sabah mendapat suntikan kepakaran ekonomi bertaraf dunia apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, melantik tokoh perbankan dan pengawal selia kewangan Asia, Tan Sri Andrew Sheng sebagai Penasihat Khas beliau.

‎Mnurut Hajiji, pelantikan tersebut akan menjadi pemangkin bagi memperkukuh sektor ekonomi dan menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri Sabah.

‎“Pengalaman luas dan kepakaran Andrew akan menjadi aset penting bagi pembangunan ekonomi Sabah.

‎”Pelantikan ini adalah sebagai langkah strategik kerajaan Sabah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menjadikan negeri ini hab pelaburan serantau,” ujarnya selepas pertemuan dengan beliau di kediaman rasmi Sri Gaya pada Jumaat.

‎Andrew, warganegara Malaysia yang dibesarkan di Sabah, pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Ekonomi dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Timbalan Ketua Eksekutif Hong Kong Monetary Authority serta Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong.

‎Kini, Andrew berkhidmat sebagai Profesor Khas di Institut Kewangan, Universiti Cina Hong Kong (Kampus Shenzhen) dan ahli majlis penasihat antarabangsa bagi Pentadbiran Pengawalseliaan Kewangan Nasional China (NFRA), Suruhanjaya Sekuriti China (CSRC) dan Perbadanan Pelaburan China (CIC).

‎Pengiktirafan global terhadap Andrew turut terserlah apabila Majalah TIM menamakan beliau sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia pada 2013.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana