Kenyataan media UMNO jemput Pas jadi anggota BN palsu

KUALA LUMPUR – Kenyataan media kononnya Barisan Nasional (BN) menjemput Pas untuk menjadi anggota gabungan itu adalah palsu.

Sebelum itu, tersebar kenyataan bertarikh 12 September 2024 memuatkan empat perenggan kononnya daripada Sekretariat Majlis Tertinggi UMNO.

Menerusi kenyataan yang lengkap logo UMNO itu, menyatakan kononnya “UMNO mengambil maklum hasrat Pas untuk menjalinkan kerjasama politik semula bersama UMNO”.

Menurut kenyataan palsu itu, Pas dijemput menjadi anggota dalam BN sekiranya Perikatan Nasional (PN) dibubarkan.

Semalam, Pas secara terbuka bersedia bekerjasama dengan UMNO jika parti Melayu terbesar itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Dalam sidang media di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 di Pahang semalam, Ketua Dewan Pemuda parti komponen PN itu berkata, kerjasama tersebut bukan sahaja dengan UMNO, tetapi juga semua pihak atas nama penyatuan Islam.

Afnan Hamimi Taib Azamudden malah mendakwa hubungan Pas dengan UMNO di peringkat akar umbi sejak penubuhan Muafakat Nasional (MN) semakin baik.

Related Posts

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PAKATAN Harapan (PH) dijangka memanfaatkan tempoh lebih setahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi mengukuhkan kedudukannya susulan berakhirnya tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji