Jakim perlu dirombak, isu GISB sudah wujud sejak 2013

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu dirombak selepas lewat mengambil tindakan ke atas isu membabitkan syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB).

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, hasil penelitian pihaknya mendapati terdapat dalam kalangan pihak berkuasa agama yang tidak percaya kepada hasil dapatan dan pemantauan aktivis yang dijalankan terhadap syarikat tersebut.

“Saya yang terlibat langsung dan tak langsung, Jakim tak layak diberikan kredit. Menteri Agama layak diberikan kredit. Jakim benar-benar tak berguna dalam proses ini. Bahkan yang tak mahu percaya dapatan para pengkaji di peringkat awal sehingga terpaksa ke Perlis.

“Teguran dan perbincangan sudah terlalu banyak dalam reformasi Jakim. Yang diperlukan adalah tindakan! Kalau ingin benar-benar berubah, Jakim boleh mula merombak Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan,’’ katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abu Hafiz berkata, ini membuktikan pendedahan dan usaha penyiasatan bagi tujuan pendakwaan terhadap GISB hanyalah ‘tip of the iceberg’.

Beliau mendakwa, dalam soal melibatkan isu GISB ini, kumpulan pengkaji dan aktivis ditendang bagaikan bola oleh pihak berkuasa agama dan mereka ini sebenarnya adalah hero sebenar kerana mengambil risiko yang besar.

“Selepas beberapa pihak berkuasa agama tidak mahu mengambil serius mengenai pembentangan yang dijalankan itu hinggakan kumpulan itu terpaksa bertemu dengan Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, yang kemudiannya mendedahkan perkara tersebut menerusi ceramah serta podcast hingga kes itu mula mendapat perhatian awam.

“Namun, walaupun sudah kecoh, tetap tiada tarikan dari mana-mana pihak berkuasa agama khususnya di Putrajaya dan terlebih khusus Jakim. Perlu diingat, kajian dan dapatan tentang GISB di Jakim telah dibuat lebih awal dari 2013 lagi. Untuk menyatakan Jakim tiada maklumat, amat naif dan bodoh,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Hafiz berkata, keadaan hanya berubah selepas ia disampaikan secara langsung kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Na’im Mokhtar, yang meminta Jakim bertindak.

Jelasnya, beliau sendiri yakin ada banyak alasan diberikan oleh sesetengah pihak dalam agensi agama walaupun dapatan kajian yang dibuat itu dibentangkan.

“Saya menerima respons yang sangat baik dan proaktif dari Menteri Agama. Hanya beliau sahaja yang ‘turun gunung’ bertanya serta mendapatkan kepastian.

“Tiada mana-mana badan agama apatah lagi Jakim yang menerima bajet tahunan hampir RM2 bilion itu, bertanya dan bersungguh seperti Menteri Agama,’’ katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang dianggap sebagai watak penting menggerakkan Op Global.

Dalam Op Global yang dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi semalam, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan itu yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor dan di Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain

Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengesahkan pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama pimpinan GISBH bagi meneliti berkenaan isu tersebut.

“Hari ini (semalam) kita hantar surat kepada pemimpin utama mereka untuk mereka hadir ke Perlis pada 20 hari bulan.

“Saya akan panggil mereka, katanya mereka sudah bersetuju untuk hadir bagi melakukan pertemuan,” katanya ringkas.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai