Kenyataan media UMNO jemput Pas jadi anggota BN palsu

KUALA LUMPUR – Kenyataan media kononnya Barisan Nasional (BN) menjemput Pas untuk menjadi anggota gabungan itu adalah palsu.

Sebelum itu, tersebar kenyataan bertarikh 12 September 2024 memuatkan empat perenggan kononnya daripada Sekretariat Majlis Tertinggi UMNO.

Menerusi kenyataan yang lengkap logo UMNO itu, menyatakan kononnya “UMNO mengambil maklum hasrat Pas untuk menjalinkan kerjasama politik semula bersama UMNO”.

Menurut kenyataan palsu itu, Pas dijemput menjadi anggota dalam BN sekiranya Perikatan Nasional (PN) dibubarkan.

Semalam, Pas secara terbuka bersedia bekerjasama dengan UMNO jika parti Melayu terbesar itu keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Dalam sidang media di Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-65 di Pahang semalam, Ketua Dewan Pemuda parti komponen PN itu berkata, kerjasama tersebut bukan sahaja dengan UMNO, tetapi juga semua pihak atas nama penyatuan Islam.

Afnan Hamimi Taib Azamudden malah mendakwa hubungan Pas dengan UMNO di peringkat akar umbi sejak penubuhan Muafakat Nasional (MN) semakin baik.

Related Posts

Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpandangan sudah tiba masanya parti itu mengakui kelemahan dan kegagalan tadbir urus Tabung Haji (TH) selepas mempertahankan pendiriannya sepanjang kempen Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kongres Nasional PKR 2026 himpun 5,500 perwakilan, pemerhati di Melaka

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Kongres Nasional Keadilan 2026 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka pada 15 dan 16 Ogos ini, dengan penyertaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap selamat ulang tahun ke-55 ABIM, kenang perjuangan dakwah dan pembangunan ummah

Anwar ucap selamat ulang tahun ke-55 ABIM, kenang perjuangan dakwah dan pembangunan ummah

Maritim Malaysia tamatkan latihan berskala besar SAREX 2026

Maritim Malaysia tamatkan latihan berskala besar SAREX 2026

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000