Cadang tubuh jawatankuasa khas tangani anak-anak tidak berdokumen

TAWAU – Cadangan penubuhan jawatankuasa khas dilihat sebagai langkah penting bagi menangani isu anak-anak tidak berdokumen secara lebih tersusun dan berkesan, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Suryady berkata, usaha ini bagi memastikan penyelesaian lebih cepat disamping menilai setiap kes secara mendalam termasuk faktor perkahwinan tidak berdaftar yang menjadi antara punca masalah berkenaan.

“Masalah ini berpunca daripada status perkahwinan ibu bapa, di mana salah seorang merupakan warganegara.

“Namun, kerana perkahwinan tersebut tidak didaftarkan secara sah atau hanya dilangsungkan secara kampung, ia tidak diiktiraf di Malaysia.

“Akibatnya, anak-anak yang dilahirkan tidak dapat didaftarkan secara rasmi, sekali gus menyebabkan mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya kepada media di Tawau.

Tambah Suryady, implikasi daripada masalah ini juga amat besar apabila golongan terlibat dinafikan akses kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan, selain berisiko berdepan status seolah-olah tanpa kerakyatan apabila dewasa.

“Keadaan ini turut menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan masalah sosial sekiranya tidak ditangani dari awal,” ujarnya.

“Sejak dua bulan lepas, kita telah membuat pendataan sebagai program rintis membantu menyelesaiakan isu tersebut dengan kerjasama Mahkamah Bergerak Negeri Sabah yang digerakkan melalui ketua-ketua kampung di seluruh kawasan terlibat.

“Walaupun sambutan awal dilihat memberangsangkan, jumlah yang berjaya direkodkan setakat ini masih kecil iaitu sekitar 40 keluarga sahaja.

“Mungkin mereka masih rasa malu serta kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan pendaftaran dokumen.

“Semua maklumat yang diperoleh akan dikemukakan kepada kepimpinan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik secara menyeluruh,” jelasnya.

Related Posts

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan mengambil langkah mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri susulan perkembangan kemelut semasa bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

KOTA BELUD – Generasi muda perlu memahami sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bagi memastikan kebebasan yang diwarisi terus dihargai serta dipertahankan. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Disangka haiwan buruan, lelaki maut ditembak rakan sendiri

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih

Bantuan peralatan Sejahtera MADANI RM180,000 perkasa 36 graduan vokasional, penerima eKasih