Sindiket tumpas, dadah RM1.8 juta disita

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan kegiatan ‘jutawan’ dadah susulan rampasan dan sitaan dadah melebihi RM1.8 juta di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara, baru-baru ini.

Ia hasil kejayaan penahanan tiga warga tempatan termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 28 tahun yang terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA), ketamin dan pil Erimin 5.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, serbuan dilakukan sejak Isnin lalu membabitkan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Timur Laut.

Katanya, suspek pertama ditahan di kawasan parkir kenderaan dan polis menemui sejumlah serbuk dadah MDMA di dalam kenderaan milik suspek.

“Berdasarkan maklumat suspek pertama, polis menahan seorang lelaki dan wanita di kawasan parkir sama.

“Pemeriksaan terhadap sebuah motosikal menemui sejumlah serbuk dadah MDMA,” katanya tadi.

Mengulas lanjut Azizee berkata, polis kemudian menyerbu sebuah kediaman di Seberang Perai Utara di sini, dan menemui dadah MDMA, ketamin dan pil Erimin 5.

Katanya, hasil risikan mendapati aktiviti penyimpanan dan pengedaran dadah oleh suspek dilakukan sejak Disember tahun lalu.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 30,000 penagih jika ia terlepas di pasaran.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin selain kesemuanya mereka tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah atau dadah,” katanya lagi.

Menurut Azizee, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana polis turut menyita beberapa kereta, barang kemas dan sejumlah wang tunai bernilai RM224,544 dan sekali gus menjadikan keseluruhan nilai rampasan dadah serta sitaan berjumlah RM1,820,244.

“Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 16 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat