Pembangkang sebenarnya takut Parlimen dibubarkan awal – Pemerhati politik

PERSEPSI yang dimainkan oleh pihak pembangkang kononnya mereka tidak gentar sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal merupakan satu propaganda politik yang tidak mencerminkan realiti sebenar, kata pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen.

Beliau berkata, propaganda itu dimainkan dalam persekitaran pembangkang yang merangkumi parti politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis, ‘cyber trooper’ serta penyokong yang pro kepada gabungan pembangkang.

Katanya, persepsi bahawa pembangkang tidak takut pembubaran awal Parlimen sering digambarkan melalui kenyataan pemimpin dan cabaran yang disebarkan di media sosial, termasuk kenyataan yang disiarkan oleh media parti seperti Harakah.

“Realitinya adalah sebaliknya. Pada pandangan saya, pembangkang sebenarnya amat takut sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Raggie berkata, antara hujah yang sering dibangkitkan adalah keputusan pilihan raya lalu, termasuk prestasi parti-parti Semenanjung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Menurut beliau, walaupun parti-parti dari Semenanjung menerima kesan daripada kempen ‘tolak parti Semenanjung’ di Sabah, gabungan Barisan Nasional (BN) masih mencatatkan pencapaian lebih baik berbanding pembangkang dari Semenanjung.

“Penolakan terhadap pembangkang di Sabah hampir menyeluruh. Gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili parti seperti Bersatu dan Pas kehilangan sebahagian besar kerusi serta undi,” katanya.

Selain itu, Raggie turut merujuk beberapa keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri di Semenanjung yang menurutnya menunjukkan peralihan undi daripada Pas kepada UMNO di beberapa kawasan.

Dalam masa sama, beliau berpandangan blok pembangkang kini berdepan krisis dalaman yang semakin jelas, khususnya dalam PN.

Jelasnya, konflik dalaman yang melibatkan beberapa kem kepimpinan dalam Bersatu, termasuk yang dikaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat semakin ketara.

“Perpecahan ini bukan sekadar dakwaan pihak luar. Kenyataan pemimpin mereka sendiri serta laporan media menunjukkan wujud kemelut dalaman yang serius,” katanya.

Raggie turut menyentuh isu perebutan pengaruh dan perdebatan terbuka mengenai siapa yang layak menjadi calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang kembali membentuk kerajaan.

Tambahnya, keadaan itu berbeza dengan blok kerajaan yang terdiri daripada kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Beliau juga berpendapat hubungan antara parti dalam kerajaan, termasuk yang melibatkan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilihat lebih stabil berbanding pembangkang.

Katanya, perubahan strategi politik yang dibawa kepimpinan UMNO dengan membuka kerjasama bersama PH menunjukkan usaha menyesuaikan pendekatan politik dengan perubahan psikologi pengundi moden.

Beliau turut menjangkakan kemungkinan pembubaran Parlimen lebih awal tidak boleh diketepikan, malah berpotensi berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Sekiranya pilihan raya umum diadakan serentak dengan pilihan raya negeri seperti di Johor dan Melaka, katanya, ia berpotensi meningkatkan kadar keluar mengundi.

Bagaimanapun, Raggie berpandangan situasi itu lebih memberi kelebihan kepada gabungan kerajaan berbanding PN.

“Pada pandangan saya, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh enam bulan terdekat, ia boleh menjadi ‘game over’ kepada PN,” katanya.

Related Posts

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

PEKAN – UMNO perlu melakukan anjakan dan mengetepikan perbezaan dalaman bagi menjadi parti yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat serta menjadi sandaran orang Melayu. Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pahang, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Barisan Nasional (BN) akan terus menyokong Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal, namun berharap diberi mandat untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan