Mustapha kecam tindakan hina al-Quran, gesa tindakan tegas diambil

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menghina kitab suci umat Islam, al-Quran, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Mustapha berkata, perbuatan memijak serta mencoret naskhah al-Quran dengan lukisan menghina adalah tindakan melampau, tidak bertamadun dan jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.

“Tindakan tersebut merupakan satu jenayah dan perbuatan biadab, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Malah ianya bukan budaya Sabah yang amat menjunjung keharmonian bermasyarakat dalam kepelbagaian kaum dan agama,” kongsinya dalam kenyataan media, di sini pada Rabu.

Mustapha berkata, sebarang bentuk penghinaan terhadap agama tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di Sabah dan seluruh negara.

“Malaysia dibina atas asas saling hormat-menghormati antara agama dan budaya, dan tindakan seperti ini jelas bertentangan dengan nilai tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan pihak berkuasa termasuk Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.

“Tindakan tegas perlu diambil agar menjadi pengajaran dan memastikan maruah agama sentiasa terpelihara,” katanya.

Justeru itu, Mustapha menyeru orang ramai agar tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang.

Related Posts

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff segera diberikan kesembuhan selepas cedera dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuh Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

KUCHING – Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh menyambut baik tumpuan kerajaan persekutuan terhadap agenda pembangunan menerusi pembentangan belanjawan 2027 baru-baru ini khususnya peruntukan yang memberi manfaat kepada Sarawak dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan