Kota Marudu diisytihar bencana banjir, 25 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA MARUDU – Kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah ini diisytiharkan sebagai bencana selepas beberapa kawasan hotspot mula terjejas akibat kenaikan paras air.

Pegawai Daerah Kota Marudu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Meirin Sugara berkata, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan maklumat di lapangan serta laporan yang diterima daripada agensi tindak balas JPBD Kota Marudu.

“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Kota Marudu yang menyebabkan beberapa kawasan hotspot mula terjejas,” katanya dalam notis pengisytiharan itu, pada Selasa.

Susulan itu, beliau turut mengarahkan supaya Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka bagi menyelaras operasi pengurusan bencana di daerah berkenaan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Marudu berkata, seramai 25 mangsa dari Kampung Beliajung dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tandek 2 selepas kawasan berkenaan dilanda banjir.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.16 pagi sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai.

Pasukan tiba di lokasi pada pukul 8.49 pagi dan segera menjalankan operasi pemindahan mangsa yang terjejas.

Mangsa yang dipindahkan terdiri daripada tujuh wanita dewasa, tiga lelaki dewasa, lima kanak-kanak perempuan, sembilan kanak-kanak lelaki serta seorang bayi perempuan.

Kesemua mangsa dipindahkan menggunakan kenderaan utiliti Toyota Vigo ke PPS bagi memastikan keselamatan mereka.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11 pagi, manakala pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memantau perkembangan keadaan banjir di kawasan terlibat.

Related Posts

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

KOTA ISKANDAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap isu keselamatan dan kesesakan serius di Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

MIRI – Tindakan sebuah kapal nelayan tempatan gagal mematuhi peraturan komunikasi membawa kepada penahanan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri dalam operasi di perairan Lutong, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

Jalan FT001 Bukit Batu makin kritikal, Arthur desak kerajaan bertindak segera

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

Kapal nelayan ditahan di perairan Lutong, langgar peraturan komunikasi

PMX lawat Pulau Banggi esok

  • By Ynom
  • May 8, 2026
PMX lawat Pulau Banggi esok

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Lelaki maut di loteng rumah terbakar

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI

Warga kerja pembersihan teruja terokai teknologi AI