Ambil serius saranan PMX, jangan pandang ringan konflik Asia Barat

PUTRAJAYA – Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat dan berhemah dalam perbelanjaan perlu diambil perhatian serius ekoran ketidaktentuan ekonomi global meningkat mendadak akibat konflik Asia Barat.

Pakar ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Profesor Dr Noor Azlan Ghazali berkata, krisis di teluk itu tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi mencetuskan ketidaktentuan ekonomi global yang lebih besar, sekali gus memberi kesan langsung kepada ekonomi negara.

Menurut beliau, Malaysia amat bergantung kepada prestasi ekonomi global dan disifatkan negara ‘kecil-terbuka’, di mana sekitar 60 hingga 70 peratus ekonomi negara bergantung kepada permintaan global yang dilihat memberi bayangan bahawa eksport kemungkinan akan terjejas.

“Ketidaktentuan ekonomi global meningkat dengan mendadak akibat dari serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran. Indeks petunjuk ketidaktentuan perdagangan, polisi dan ekonomi global mencanak naik.

“Bekalan makanan kita turut bergantung kepada import. Walaupun sumbernya bukan dari negara-negara rantau teluk, kesan ketidakstabilan global mengesani semua negara. Sehubungan itu, apa yang berlaku jangan ambil ringan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata, konflik yang menjejaskan bekalan minyak dunia serta meningkatkan kos pengangkutan berpotensi mencetuskan kenaikan harga minyak global selain mengganggu rantaian industri ekonomi global.

“Kerencatan bekalan minyak dunia dan kenaikan kos pengangkutan akibat dari krisis ini menyebabkan ketidakstabilan  ekonomi global dan kenaikan harga minyak dunia. Rantaian pengeluaran ekonomi dunia berkait rapat dengan faktor-faktor ini,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Azlan yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, MINDA-UKM
berpandangan, terdapat keperluan untuk kerajaan, industri dan rakyat membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan krisis yang berlarutan.

“Semua perlu menilai bagaimana krisis ini, sekiranya berpanjangan dan meluas, mungkin menjejaskan pengoperasian dan perekonomian masing-masing. Apakah tindakan-tindakan awal yang sewajarnya?

“Apakah keperluan tindakan yang diperlukan sekiranya krisis ini berpanjangan? Justeru, saranan Perdana Menteribperlu diambil perhatian serius. Kita perlu sediakan payung sebelum hujan,” katanya.

Terdahulu, Anwar menasihatkan semua pihak agar menguruskan perbelanjaan dengan berhemat susulan konflik di antara Iran dan Amerika Syarikat (AS)-Israel yang masih berlarutan.

Perdana Menteri berkata, beliau memahami keselesaan dinikmati Malaysia ketika ini, namun kerajaan bertanggungjawab untuk mengingatkan bahawa keadaan boleh berubah dalam situasi antarabangsa yang tidak menentu.

Beliau memaklumkan, kerajaan turut melahirkan kebimbangan dengan kemungkinan kegawatan ekonomi sekiranya situasi berada pada tahap terlalu selesa dan tidak mengendahkan soal kewangan.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi