Armada Bersatu Sabah ‘terkubur’ selepas 15 pimpinan keluar parti

KOTA KINABALU – Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah terkubur selepas 15 pimpinan sayap itu mengumumkan peletakan jawatan serta keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Sabah, Mohd Hisyam Hazaril Mohd Azman berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira secara serius perkembangan semasa parti yang kini berdepan kemelut dalaman yang semakin meruncing.

“Konflik dalaman yang berlaku secara terbuka telah mencalarkan imej parti serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang pernah dibawa oleh Bersatu.

“Parti semakin berlarutan dengan serangan terbuka pimpinan, kenyataan di media sosial serta pertikaian yang berpanjangan sehingga mencalarkan imej parti dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang pernah dibawa oleh parti ini.

“Pendekatan pecat-memecat serta tindakan disiplin yang dilihat tidak konsisten dan bersifat selektif turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Armada Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Jelasnya, beliau tidak menyokong budaya politik sedemikian kerana ia hanya akan memecah-belahkan parti dan melemahkan semangat perjuangan dalam kalangan ahli.

Menurut Mohd Hisyam, sebagai sayap pemuda parti di Sabah, Armada sepatutnya menjadi wadah yang menyatukan kekuatan anak muda serta memperkukuh parti.

“Peranan tersebut semakin sukar dilaksanakan apabila parti terus dibelenggu konflik dalaman yang tidak berkesudahan.

“Keputusan meletakkan jawatan dibuat sebagai satu pendirian berprinsip bahawa maruah perjuangan tidak boleh terus dipertaruhkan dengan pertikaian dalaman yang berpanjangan.

“Langkah ini juga merupakan mesej jelas bahawa anak muda menolak politik perpecahan, serangan terbuka dan budaya pecat-memecat yang semakin menjadi norma dalam parti,” kongsinya.

Sementara itu, Mohd Hisyam turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli Armada di Sabah atas sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh memegang amanah sejak penubuhan semula Bersatu di negeri itu.

“Perjuangan untuk memperjuangkan suara anak muda akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab demi masa depan negeri dan negara.

“Bila prinsip diketepikan dan perpecahan menjadi budaya, jawatan bukan lagi sesuatu yang perlu dipertahankan,” tegasnya.

Related Posts

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

AHLI Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Profesor Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi, berpandangan slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ menyumbang kepada pembentukan politik berasaskan kelompok apabila memainkan persepsi bahawa orang Melayu dikawal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Danish Rahman hargai pengundi Johor Lama, tekad terus berkhidmat demi rakyat

JOHOR BAHRU – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Danish Rahman menzahirkan penghargaan kepada 2,694 pengundi yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepada beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi