Selangor dapat tempias faedah kerjasama Malaysia dengan negara serantau

SELANGOR mengakui menerima impak positif hasil hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dengan negara serantau.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerjasama serantau antara Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak 30 tahun lalu membantu pembangunan Selangor, termasuk mengembangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Beliau menjelaskan, peluang duduk bersama membolehkan pelbagai isu diutara dan dibincangkan meliputi aspek kelestarian mampan, ekonomi dan pengukuhan peranan kewangan.

“Hubungan dengan negara jiran dan wilayah serantau akan membantu rancangan pembangunan. Ini satu peluang yang baik dan harus dimanfaatkan termasuk perkembangan RS-1.

“Kalau diberi peluang, Selangor juga mahu kongsikan pengalaman dan beberapa kejayaan. Tahun ini Johor jadi tuan rumah,” katanya di Pusat Konvensyen Desaru Coast, Desaru, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai Forum Ketua Menteri dan Gabenor ke-21 sempena persidangan mesyuarat segi tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) ke-30 hari ini.

Forum yang dipengerusikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membincangkan kerjasama duntuk memanfaatkan peluang ekonomi rantau ini selain pembangunan kelestarian mampan dan perubahan iklim.

Amirudin berkata, pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey akan memastikan Malaysia terus menjadi penyedia perkhidmatan pelabuhan unggul dan premium di rantau ini.
Menurutnya, rancangan bawah Projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) itu juga bakal memberi pulangan ekonomi berterusan kepada negeri.

Jelasnya, forum itu mencambah idea bagi memantapkan lagi pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat, supaya Selangor terus menjadi lokasi tumpuan aktiviti ekonomi.

“(Sekarang) kita ada Pelabuhan Klang, tersibuk di Asia. Melalui persidangan ini, kita akan manfaatkannya untuk pelabuhan ketiga seperti kawasan zon ekonomi,” katanya.

Related Posts

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok