‘Tak tahu beza angka FDI diterbit MITI, DOSM tapi fitnah kerajaan menipu’

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tampil memberi pencerahan berkait perbezaan angka pelaburan langsung asing (FDI) yang diterbitkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kata Rafizi, ada pihak yang sengaja melempar fitnah kononnya kerajaan menipu sedangkan mereka tidak memahami perbezaan angka-angka FDI yang diterbitkan MITI dan DOSM.

“Setiap kali ada pengumuman mengenai jumlah pelaburan asing atau FDI yang masuk ke Malaysia, media sosial akan kecoh. Konon pelaburan asing ini Rafizi sabotaj Tengku Zafrul.

“Bahkan ada yang kata banyak pengumuman, tetapi tiada apa yang berlaku. Ada yang menuduh kerajaan menipu, memanipulasi data dengan membandingkan angka-angka pelaburan yang berbeza yang diterbitkan oleh MITI dan juga DOSM.

“Contohnya bagi tahun 2023: MITI mengumumkan jumlah FDI yang diluluskan adalah RM188 bilion sedangkan statistik FDI yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik (DOSM) hanyalah RM40 bilion sahaja, eh siapa yang betul ni?

“Sebenarnya angka-angka FDI yang dilaporkan oleh MITI dan DOSM itu, merujuk kepada dua perkara yang berlainan,” jelas Rafizi dalam video yang dimuat naik di Facebooknya pada Rabu.

Jelas beliau, MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bertanggungjawab meluluskan permohonan-permohonan pelaburan asing di negara ini.

Justeru katanya, pelabur perlu mendapatkan kelulusan MIDA sebelum melabur untuk mendapatkan contohnya, lesen mengilang dan juga untuk mendapatkan kelayakan insentif-insentif cukai kerajaan.

“Oleh itu, angka yang diumumkan oleh MIDA adalah pelaburan asing yang diluluskan bagi tahun itu. Tetapi pelabur akan mengambil masa untuk membina kilang dan mula beroperasi bergantung kepada pelan perniagaan mereka.

“Selalunya pelabur boleh mengambil masa antara 2 hingga 4 tahun untuk mula beroperasi dan modal mereka akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat.

“Apabila modal itu dibawa masuk, ia akan memasuki sistem perbankan kita dan mempunyai kesan kepada pelbagai statistik rasmi negara, termasuk contohnya imbangan pembayaran.

“DOSM pula yang bertanggungjawab mengeluarkan statistik rasmi negara akan melaporkan jumlah FDI yang telah dibawa masuk untuk setiap tahun,” hurai beliau.

Maknanya kata Rafizi, angka MITI menunjukkan jumlah keseluruhan FDI yang diluluskan pada tahun itu,tetapi akan dilaksanakan dalam beberapa tahun akan datang, dan angka DOSM pula, menunjukkan FDI tahunan yang telah masuk bagi projek-projek yang sedang berjalan walaupun ia mungkin telah diluluskan beberapa tahun yang lalu.

“Boleh semak dengan ChatGPT perbezaan ini tanpa perlu melemparkan fitnah kononnya kerajaan menipu,” bidas Timbalan Presiden PKR itu lagi.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka