Inisiatif Pahang4Palestine salur juadah berbuka di Kem Nuseirat

KUANTAN – Keperitan hidup dilalui penduduk Palestin di Semenanjung Gaza terus mendapat perhatian apabila kerajaan Pahang menerusi inisiatif Pahang4Palestine menyalurkan sumbangan juadah iftar kepada penduduk di Kem Nuseirat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan juadah iftar itu berjaya disampaikan kepada 165 keluarga di kem berkenaan pada minggu pertama Ramadan.

“Pada kali ini, juadah berbuka yang disediakan adalah nasi bersama ayam goreng.

“Terima kasih kepada para sukarelawan yang bertungkus-lumus menyediakan serta mengagihkan juadah ini kepada keluarga-keluarga di sana,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Wan Rosdy memberitahu, walaupun sumbangan diberikan mungkin kelihatan kecil, ia membawa makna besar kepada mereka yang sedang berdepan kesukaran hidup.

“Semoga setiap suapan yang dinikmati menjadi saksi kasih, tanda solidariti dan doa yang tidak pernah putus daripada rakyat Pahang buat saudara-saudara kita di Gaza yang dihimpit kesukaran hidup,” ujarnya.

Related Posts

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

LIMBANG – Jabatan Imigresen Negara Brunei Darussalam mengambil inisiatif melanjutkan tempoh operasi beberapa pos kawalan sempadan sehingga jam 12 tengah malam selama lapan hari, bermula 26 Mei hingga 2 Jun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

LAHAD DATU – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menahan 15 PATI dan mematahkan penyeludupan beberapa ekor lembu serta barang kawalan di dua lokasi berasingan, pada Ahad. ATB 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

ATB 2 tahan 12 PATI, gagalkan penyeludupan lembu, barang kawalan

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

Bantuan JKM RM18.7 juta ceriakan golongan rentan di Limbang, Lawas sempena Hari Gawai

2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma