Tular merusuh di Bazar Sabindo, 8 lelaki ditahan polis

TAWAU – Susulan video tular merusuh di Bazar Ramadan Sabindo di sini, pada petang Jumaat, lapan lelaki kini ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kesemua yang ditahan di beberapa lokasi berasingan itu membabutkan tujuh warganegara dan seorang warga asing berumur 17 hingga 34 tahun.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan tidak puas hati antara kedua-dua kumpulan, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar.

“Kesemua saspek kini ditahan di lokap IPD Tawau dan Polis akan membuat permohonan reman selama 4 hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Menurut Jasmin, polis turut merampas seutas rantai motosikal yang disyaki digunakan dalam pergaduhan tersebut.

Kes di siasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada Jumaat, tular beberapa video yang memaparkan pergaduhan beberapa lelaki di Bazar Ramadan Sabindo yang mendapat perhatian dan reaksi warga maya.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala