Parit antara punca banjir di Sungai Manila

SANDAKAN – Ketiadaan penyelenggaraan parit yang konsisten dikenal pasti antara punca utama masalah banjir yang sering melanda kawasan Sungai Manila di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa berkata, dapatan itu diperoleh hasil tinjauan khas yang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar bencana berkenaan.

“Hasil tinjauan di lapangan, kami mengesan ketiadaan penyelenggaraan parit secara berkala menjadi faktor penyumbang kepada kejadian banjir baru-baru ini.

“Masalah ini telah pun diajukan kepada pihak berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan terdapat beberapa sistem perparitan yang kini tersumbat dan memerlukan tindakan pembersihan serta-merta bagi mengelakkan banjir berulang.

Selain isu parit, beliau turut memaklumkan bahawa beberapa jambatan kecil di kawasan tersebut mengalami kerosakan akibat arus deras.

“Pihak kami sedang menilai kerosakan infrastruktur ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk menyalurkan bantuan serta penyelesaian bagi meringankan beban penduduk terjejas,” ujarnya.

Kenyataan tersebut dimuat naik selepas Hazem menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima asnaf di Masjid Kampung Nelayan Tengah, Jalan Sungai Batang, Sandakan.

Related Posts

Kaamatan 2026 dijangka dibanjiri pengunjung, keselamatan diutamakan

KOTA KINABALU – Sambutan Pesta Kaamatan 2026 di Hongkod Koisaan, Kadazandusun Cultural Association dijangka dibanjiri puluhan ribu pengunjung pada 30 dan 31 Mei ini dengan aspek keselamatan terus menjadi keutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau

KUANTAN – Warga peneroka FELDA Jengka 24, dekat Jerantut meneruskan tradisi tahunan dengan melaksanakan ibadat korban mega di kawasan tanah rancangan itu. Bagi sambutan Aidiladha tahun ini, sebanyak 40 ekor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kaamatan 2026 dijangka dibanjiri pengunjung, keselamatan diutamakan

Kaamatan 2026 dijangka dibanjiri pengunjung, keselamatan diutamakan

Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau

Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau

Hospital Petaling Jaya berkapasiti 500 katil bakal dibina di tapak PJ South

Hospital Petaling Jaya berkapasiti 500 katil bakal dibina di tapak PJ South

RTK platform lahirkan belia berbudaya dan pemimpin masa depan Sabah

RTK platform lahirkan belia berbudaya dan pemimpin masa depan Sabah

Pegawai kanan polis, isteri maut kemalangan dua kenderaan

Pegawai kanan polis, isteri maut kemalangan dua kenderaan

Sultan Pahang berkenan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Sultan Pahang berkenan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan