Tiga projek pembangunan RTM Sarawak bernilai RM36 juta, sediakan fasiliti kondusif

BINTULU – Sebanyak tiga projek pembangunan di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sarawak membabitkan nilai keseluruhan melebihi RM36 juta secara rasminya diserahkan Surat Setuju Terima (SST) pada Jumaat.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian komitmen kementerian untuk memperkukuh kemudahan penyiaran di negeri itu di samping meningkatkan kesejahteraan warga kerja RTM.

Menurut beliau, projek Kompleks RTM Bintulu yang ditender semula itu melibatkan nilai kontrak RM17.77 juta dan dijangka menjadi pusat penyelarasan utama perkhidmatan penyiaran di wilayah utara Sarawak.

“Projek Kompleks RTM Bintulu ini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memperkasa kemudahan penyiaran.

“Ia bukan sahaja meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat, malah menyediakan fasiliti dan kuarters yang lebih selesa serta kondusif untuk warga kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Nie Ching memaklumkan, dua lagi projek iaitu pembinaan kuarters baharu RTM di Sri Aman dan Sibu masing-masing melibatkan kos kontrak sebanyak RM9.98 juta dan RM8.87 juta.

Beliau turut mengingatkan agar semua projek pembangunan RTM di Sarawak itu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan objektif pemerkasaan kemudahan penyiaran tercapai.

Tambahnya, tarikh pemilikan tapak bagi ketiga-tiga projek berkenaan telah bermula pada 4 Februari lalu dan dijadualkan siap dalam tempoh 18 bulan, iaitu menjelang 3 Ogos 2027.

“Kementerian bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan menjalankan pemantauan projek secara berkala bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan,” jelas beliau.

Tegasnya lagi, pembangunan infrastruktur penyiaran amat penting bagi memastikan kelancaran penyampaian maklumat yang tepat kepada rakyat, selain memperkukuh peranan RTM sebagai institusi penyiaran negara.

Beliau pada masa sama turut merakamkan penghargaan kepada JKR Sarawak selaku agensi pelaksana serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran proses berkenaan.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang