Kerajaan Perak sumbang caruman RM50 buka akaun i-Suri, i-Saraan untuk 1,979 ibu tunggal e-Kasih

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan caruman sekali beri (one-off) sebanyak RM50 bagi membantu membuka akaun Skim i-Suri dan i-Saraan kepada ibu tunggal yang tersenarai dalam sistem e-Kasih daripada kategori miskin dan miskin tegar.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, seramai 1,979 ibu tunggal layak menerima manfaat daripada inisiatif tersebut dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM98,950.

Menurutnya, pemberian caruman permulaan itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam menghargai golongan ibu tunggal selain memberi perlindungan sosial kepada mereka bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin.

“Atas usaha itu, saya mengambil pendekatan memperuntukkan sebahagian bajet di bawah portfolio saya kepada ibu tunggal yang berada dalam senarai e-Kasih dengan memberi caruman permulaan pembukaan akaun i-Suri sebanyak RM50 kepada penerima yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Perak 2026 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Salbiah turut membacakan teks ucapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang memaklumkan bahawa melalui skim berkenaan, pencarum akan menerima insentif caruman kerajaan sebanyak 50 peratus daripada jumlah simpanan mereka.

Selain itu, waris pencarum juga layak menerima insentif Khairat Kematian sebanyak RM2,500 selepas kematian pencarum.

Menurutnya, inisiatif tersebut diharap dapat memberi peluang kepada golongan yang bekerja sendiri untuk mencarum secara sukarela serta menikmati manfaat insentif kerajaan.

“Usaha ini sekali gus membantu meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan menjamin masa depan yang lebih terpelihara apabila memasuki usia tua,” katanya.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan