Muhyiddin obses nak jadi Perdana Menteri, kata Wan Saiful

EPISOD kemelut drama yang terpalit dengan Bersatu tetap diteruskan meskipun kini umat Islam sedang berada di bulan Ramadan.

Walaupun beberapa pemimpin yang didakwa menjadi duri dalam daging telah dipecat, namun gelora yang melanda parti yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak nampak menuju ketenangan.

Malah tuduh menuduh, serang menyerang antara bekas ahli Bersatu yang dipecat dengan Muhyiddin masih lagi kedengaran seperti tiada kesudahannya.

Terbaharu, bekas ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Presiden Bersatu itu adalah penghalang kepada penyatuan orang Melayu di negara ini.

Beliau menjawab dakwaan Muhyiddin kononnya bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin ada bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bagi membincangkan “Bangkok Move”.

Jelasnya, perbincangan mengenai penyatuaan Melayu tidak sepatutnya terhad kepada kelompok tertentu.

“Jika ada yang nak tahu mengenai apa yang didakwa sebagai ‘Bangkok Move’, saya tak ada maklumat dan saya tak tahu.

“Tetapi pada pandangan saya, kita perlu bertemu sesiapa sahaja yang sudi untuk membincangkan mengenai penyatuan politik Melayu.

“Secara umumnya saya merasakan pendekatan kita haruslah mengusahakan perpaduan parti besar Melayu di mana-mana peringkat dan kita perlu bertemu semua pihak yang bersesuaian.

“Tetapi yang menjadi penghalang sebelum ini adalah Tan Sri Muhyiddin kerana dia bersikap seolah-olah tidak berminat terhadap permuafakatan dengan parti-parti besar di Malaysia. Malahan, hubungan baik dengan Pas pun dia biar jadi rosak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut Wan Saiful berkata, nada marah Muhyiddin terhadap pertemuan itu membuktikan beliau sengaja menolak penyatuan Melayu.

“Dan nampaknya hari ini obsesi Muhyiddin ialah jawatan. Dia marah apabila ada orang tuduh Hamzah nak diletak sebagai timbalan perdana menteri. Kalau betul dia ada maklumat, buktikanlah.

“Yang lebih menarik, kita semua tahu mengenai usaha untuk mencalonkan Muhyiddin kembali sebagai perdana menteri. Kalau jawatan itu untuk dia, hukumnya boleh. Tetapi kalau jawatan itu untuk orang lain, salah pula?,” katanya.

Kelmarin, dalam satu sidang media Muhyiddin mendakwa, Hamzah individu yang bertanggungjawab mengadakan pertemuan secara senyap dengan Presiden UMNO bagi tujuan rundingan tanpa pengetahuan serta kebenaran parti.

Menurut beliau, terdapat banyak kesalahan lain yang dilakukan sehingga Lembaga Disiplin parti terpaksa mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan masalah itu daripada terus berlaku.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar